West Oxfordshire Business Awards 2014

March, 2014

Satu lagi perniagaan cemerlang memenangi Anugerah Inovasi Owen Mumford

Pada Jumaat 14hb Mac Mark Owen, Pengerusi dan Andy Vardé, Pengarah Kaji Selidik dan Pembangunan telah menghadiri 2014 West Oxfordshire Business Awards (WOBA) untuk menyampaikan Anugerah Inovasi Owen Mumford.

Sebagai penaja kategori ini, Owen Mumford telah terlibat dalam proses penghakimanyang menyeronokkan dan mencabar kerana senarai pendek itu merangkumi calon-calon yang hebat-hebat belaka.

WOBA,

Andy Vardé berkata; “Kami gembira dapat meyertai WOBA, yang mengiktiraf kejayaan perniagaan Oxfordshire barat yang mempunyai cita-cita sama dengan syarikat kami, untuk berkembang dan berjaya melalui inovasi. Kami sangat gembira dapat menaja Anugerah ini untuk tahun keempat berturut-turut.

Pemenang bagi Anugerah Inovasi Owen Mumford 2014 adalah ICEoxford, pembekal terkemuka yang mereka bentuk sistem kriogenik berprestasi tinggi secara langganan untuk kumpulan kaji selidik saintifik dan kriogenik di serata dunia.

Syarikat ini berpangkalan di Witney dan ditubuhkan pada 2004. Andy Vardé berkata tentang keputusan tersebut: “ICEoxford merupakan pemenang yang layak untuk kategori ini. Panel hakim berasa kagum dengan pendekatan imaginatif syarikat tersebut terhadap kesedaran pemasaran dan jenama, serta cara ia menciptakan imej yang jelas dan mudah dikenali untuk produknya, disokong oleh pembangunan teknologi yang serius dan manfaat persekitaran. Saya ingin mengucapkan selamat berjaya pada masa hadapan buat ICEoxford bagi pihak Owen Mumford,.”