Owen Mumford memenangi pengeksport tahunan dalam Cotswold Life Family Business Awards 2014
Tahun ini, Owen Mumford telah dicalonkan dan dipilih sebulat suara oleh Juri sebagai pemenang bagi kategori: Family Business Exporter of the Year Award (Anugerah Pengeksport Perniagaan Keluarga Tahunan).
Setiap tahun, majalah Business & Professional Cotsworld Life menjemput juri pakar yang terdiri daripada profesional terkemuka serantau untuk mengenal pasti wakil perniagaan keluarga yang terbaik bagi beberapa kategori sebagai penghormatan kepada tulang belakang ekonomi British yang menampung 9.2 juta pekerjaan, dan menyumbang hampir satu perempat daripada jumlah GDP Britain.
Tahun ini, Owen Mumford telah dicalonkan dan dipilih sebulat suara oleh Juri sebagai pemenang bagi kategori:Family Business Exporter of the Year Award.
Panel hakim bebas mempertimbangkan sejumlah besar pengeksport perniagaan keluarga yang amat berjaya dalam Cotsworld dan banyak yang diperbahaskan tentang pencalonan. Namun Owen Mumford telah diumumkan sebulat suara sebagai pemenang atas kejayaan eksportnya yang tidak dapat dinafikan. Sebenarnya, eksport merupakan tulang belakang kepada pendapatan syarikat. 90% daripada produknya dijual di luar UK.
Owen Mumford telah menyusun semula perniagaan globalnya tahun lepas dengan lima struktur pengurusan serantau baharu untuk memacu pasaran langsung (AS, UK, Perancis, Jerman dan China) dan wilayah lain di mana Owen Mumford beroperasi melalui pengedarnya. Syarikat mempunyai rancangan yang hebat untuk terus meningkatkan kehadiran globalnya, terutamanya fokus pada pasaran yang sedang bangkit di Amerika Latin dan Asia-Pasifik.
Pertumbuhan eksport produk rawatan teras Owen Mumford diramal akan terus meningkat akibat kenaikan mendadak penyakit kencing manis secara global. Rakan kongsi farmaseutikal OEM-nya juga memfokuskan pada biologi yang memerlukan peranti suntikan seperti yang direka bentuk oleh Owen Mumford.
Jarl Severn, Pengarah Urusan berkata:
“Kami amat seronok apabila diberi anugerah Family Business Exporter of the Year (Pengeksport Perniagaan Keluarga Tahunan) yang merupakan pengiktirafan yang jelas tentang kami dan apa yang kami perjuangkan. Pelaburan kami dalam pemasaran strategik global akan membantu membuka pasaran dan segmen perniagaan baharu di seluruh dunia di samping 2 pelaburan terbaru di tapak Oxfordshire kami, menekankan komitmen kami kepada pelanggan dan juga sekutu. Kami telah mencapai keputusan yang mengagumkan tahun lepas dengan jualan tertinggi di seluruh dunia dan peningkatan ketara dalam bahagian pasaran. Saya yakin keputusan perniagaan penting yang kami buat akan membantu kami mencapai WAWASAN 2020 yang hebat.”