Kemampanan dalam sektor peranti perubatan: Perjalanan Owen Mumford dalam mencapai pensijilan B Corp

06 Oktober 2021

Jesper Jonsson, Pengarah Peranti Perubatan, Owen Mumford Ltd

Kemampanan dalam sektor perubatan

Kemampanan bukan lagi sekadar perkataan yang menarik dan kini semakin menjadi ciri mandatori dalam pembuatan keputusan korporat. Dalam sektor penjagaan kesihatan, kelayakan ESG (Tadbir Urus-Sosial-Persekitaran) menjadi perkara yang diwajibkan dalam tender dan mendesak rantaian bekalan untuk menyemak operasi dan membuat penambahbaikan. Di UK, Perkhidmatan Kesihatan Negara ingin menjadi sistem kesihatan negara bersih sifar karbon yang pertama di dunia menjelang tahun 2040 dan pada tahun 2045, sistem ini juga akan dilanjutkan kepada rantaian bekalan yang lebih meluas. Dengan 80,000 pembekal, NHS boleh menggunakan kuasa pembeliannya untuk membuat perubahan pada seluruh rangkaian bekalannya. Impaknya boleh jadi ketara. Perubatan, peralatan perubatan dan sumber rantaian bekalan lain yang mewakili lebih daripada separuh pelepasan karbon organisasi. Ini menumpukan pada persekitaran yang juga dilanjutkan pada perniagaan kerana mereka mengharapkan pembekal mereka sendiri untuk meningkatkan prestasi dalam bahagian ini. Secara ringkasnya, tiada perniagaan yang boleh mengabaikan persoalan kemampanan kerana perniagaan berisiko kerugian secara komersial. 

Dalam sektor peranti perubatan, keperluan untuk mengawal pencemaran boleh menjadikan usaha mengitar semula dan menggunakan semula rumit dan mahal serta mustahil dalam sesetengah kes. Terdapat skop untuk inovasi yang lebih besar dalam bahagian ini tetapi sementara itu, impak persekitaran produk berkemungkinan dikurangkan dengan menjengah semula seluruh proses reka bentuk dan pengilangan untuk mempertimbangkan perubahan yang boleh dibuat. Sebagai perniagaan yang dimiliki keluarga, masa depan yang mampan telah menjadi agenda kami yang utama dan berakar umbi di seluruh nilai teras warisan, keselamatan dan kemampanan kami di Owen Mumford. Dengan satu-satunya tujuan mara ke hadapan dalam bahagian ini, kami memilih pensijilan B Corp untuk menjadi pencapaian penting kami yang seterusnya. Proses pensijilan B Corp bukan sahaja menyemak kelayakan persekitaran tetapi juga menilai syarikat dalam empat bahagian impak tambahan: tadbir urus, komuniti, pekerja dan pelanggan. Syarikat peranti perubatan seperti kami sudah pun beroperasi dalam sektor yang sangat dikawal selia, maka ini dapat kami amalkan untuk mengukuhkan pencapaian serta aspirasi kami yang beretika dan secara alam sekitar dengan pensijilan yang diiktiraf. Kini, kami dalam kalangan syarikat peranti perubatan yang pertama mendapat pensijilan B Corp. 

Permintaan B Corp

B mewakili Manfaat. Pensijilan B Corp merupakan model baharu untuk organisasi yang menangani beberapa cabaran global yang paling mendesak secara proaktif. Dalam mendapatkan pensijilan B Corp, sebuah syarikat menyatakan secara rasmi bahawa ini berkesan untuk kebaikan yang lebih besar buat planet dan penduduknya. Bagi kami, ini merupakan perkembangan semula jadi yang mengaitkan matlamat Pembangunan Kemampanan (SDG) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang kami pilih untuk ikuti. Untuk disahkan sebagai B Corp, syarikat mestilah melengkapkan ‘Penilaian Impak B’, termasuklah lebih daripada 250 soalan yang menilai struktur tadbir urus syarikat daripada tataurusan pertubuhan sehinggalah operasi harian. Secara global, buat masa ini terdapat lebih daripada 4,000 B Corp di 77 negara dan 153 industri serta lebih daripada 100,000 syarikat menguruskan impak mereka dengan Penilaian Impak B. Komuniti B Corp di UK mewakili bahagian silang industri dan saiz yang meluas, terdiri daripada lebih 400 syarikat. Dalam artikel ini, kami menekankan beberapa langkah penting dalam perjalanan kami menjadi sebuah B Corp. 

Mencapai pensijilan

Komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial dan persekitaran termaktub secara rasmi dalam tataurusan persatuan kami dengan bahagian baharu yang menjelaskan tujuan syarikat. Ini dari segi mempromosikan kejayaan syarikat untuk manfaat semua pihak berkepentingan dan cara kami memberikan impak yang positif bahan pada masyarakat serta persekitaran melalui perniagaan dan operasi kami. Ikrar rasmi ini akan berfungsi untuk melindungi misi kami dan mempertanggungjawabkan kami kepada semua pihak berkepentingan kami. 

Sebelum kami memulakan proses B Corp, kami sudah pun melaburkan masa dan sumber dalam lebih memahami isu berkenaan kemampanan serta tindakan terhasil yang boleh kami ambil sebagai sebuah perniagaan. Pada tahun 2014, Kumpulan Pengemudian Persekitaran kami dibentuk untuk menjalankan dan memantau inisiatif yang menyokong objektif kemampanan korporat kami. Ini menunjukkan penglibatan kami dan untuk mengukuhkan lagi komitmen kami, kami melaksanakan inisiatif pengurangan tenaga di seluruh operasi global kami, di UK, AS dan Malaysia. Ini mengurangkan pelepasan karbon Skop 1 dan 2 kami sebanyak lebih daripada suku (27.3%). Selain itu, laman UK kami kini kebanyakannya dikuasakan dengan sumber boleh diperbaharui, termasuklah tenaga yang kami jana dengan sendiri melalui susunan suria di tapak kami. Kami juga menjejaki dan merekodkan cara kami menguruskan sisa untuk menunjukkan penurunan dalam penjanaan sisa secara keseluruhan, berkaitan jualan. Tambahan lagi, kami melanjutkan dasar pembelian persekitaran kami pada seluruh rangkaian rantaian bekalan kami sendiri dan menjalankan analisis rantaian nilai kami (termasuk pembekal, perkhidmatan dan bahan) untuk mengenal pasti risiko sumbangan bahan kepada pelepasan gas rumah hijau.

Bahagian penting yang lain ialah keselamatan. Keselamatan adalah penting dalam reka bentuk peranti perubatan kami tetapi ini juga dilanjutkan kepada cara kami menjalankan perniagaan kami. Sepanjang dua tahun lalu, standard kesihatan dan keselamatan kami yang cemerlang telah diperakui dengan anugerah emas daripada Persatuan Diraja UK bagi Pencegahan Kemalangan. Organisasi yang menerima anugerah RoSPA diiktiraf sebagai peneraju dunia dalam amalan kesihatan dan keselamatan. Akan tetapi, kami tahu bahawa banyak lagi yang boleh dilakukan. Langkah tambahan untuk mencapai pensijilan B Corp adalah menjalankan audit kualiti udara, memandangkan kualiti udara dalam bangunan boleh menjejaskan kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan penghuni bangunan dengan serius. Kepekatan karbon dioksida merupakan salah satu penunjuk pengudaraan yang memadai dan kualiti udara dalam bangunan yang dihasilkan. Suhu, kelembapan relatif dan paras karbon monoksida juga dipantau serta premis kami memenuhi ambang audit. 

Rancangan akan datang

B Corp bukanlah pensijilan yang bersifat “buat sekali dan tamat”. Daripada menjadi standard yang statik, B Corp lebih menyerupai alat, atau pun kaedah yang membantu menguruskan perjalanan untuk terus maju dalam mencapai penanda aras ESG. Ini menunjukkan kedudukan sesebuah organisasi; B Corp memperakui standard pematuhan pemula secara bebas dan membantu menandakan haluan untuk pencapaian akan datang. Inilah sebabnya Owen Mumford memilih untuk menyahut cabaran B Corp. Kami percaya bahawa sikap terbaik terhadap pematuhan ESG adalah untuk melibatkan diri dengan sistem yang membolehkan perbadanan meningkatkan standard secara kerap dan yang boleh dicapai. Langkah-langkah kemajuan yang ketat sudah tertanam dalam pelaporan korporat kami, menawarkan ketelusan sepenuhnya kepada pengurusan kanan dan oleh itu, keupayaan untuk mencabar perniagaan bagi menetapkan sasaran untuk penambahbaikan berterusan. Boleh dikatakan yang B Corp menggambarkan etika pengurusan pengilangan LEAN iaitu dari segi peta hala tuju perjalanan yang berterusan dan bukan penghujung itu sendiri.

Ringkasan

Kesimpulannya, B Corp membawa cabaran sebenar kepada perbadanan untuk mengukur dan meningkatkan standard ESG mereka. B Corp bukan sekadar lencana untuk dipakai kemudian dilupakan kerana B Corp membantu memupuk dan kemudian mentadbir urus cara pemikiran yang lebih baik. Setiap individu dalam syarikat ini telah dilibatkan dan membantu untuk menggerakkan standard maju ke depan.